Tragedi | Pesara tembak diri sendiri selepas tembak isteri

2022-09-22 0

Seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri selepas bertengkar berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang mendengar dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong dari bahagian belakang dapur rumah pasangan itu sekitar jam 8 pagi.

Free Traffic Exchange